Saturday, 29 August 2015

TEMPAT PERTAMA ANUGERAH DESA CEMERLANG / SEJAHTERA

Anugerah Desa Cemerlang atau Desa Sejahtera telah lama di perkenalkan oleh pejabat daerah sendiri.
Pada tahun ini tahun 2015, kampung pengkalan batu bernasib baik kerana mendapat tempat pertama untuk Anugerah Deasa Cemerlang tahun 2015 pada bulan may yang lalu.


Pembentsngan slide aktiviti-aktiviti penduduk kampung.




Pada bulan september 2015  ini, sekali lagi Kampung Pengkalan Batu akan betanding ke peringkat Negeri. JKKK kampung sedaya upaya untuk menyediakan dan menyiapkan segala profil kampung dengan jayanya doa anda semua mengiringi kami. Saya mengharapkan penduduk-penduduk kampung ini akan saling bekerjasama dan bersikap toleransi sesama kita untuk mewujudkan suasana harmoni sesama masyarkat. Kampung ini untuk generasi akan datang bukan untuk kita sahaja, jadi diharapkan semua penduduk kampung menjadi cotoh tauladan yang baik untuk generasi muda kelak.

KAMPUNG KITA UNTUK KITA,
HARMONINYA KITA,
KELAK ESOK MEMBAWA BAHAGIA,
UNTUK CUCU KITA,
GENERASI KITA UNTUK SEMUA.

Sejarah Kampung Pengkalan Batu


Nama Kampung Pengkalan Batu bersempena dengan kewujudan batu-batu pejal yang terdapat di dasar sungai berhampiran kampung,di mana ianya menjadi pangkalan sampan dan perahu pada ketika ituMengikut sejarah, kampung ini mula diteroka pada tahun1910 oleh pendatang daripada kepulauan BORNEO.





Mereka ini duduk berkampung di tepi sungai dan mendirikan pokok-pokok kecil berdinding serta beratapkan daun nipah manakala lantainya diperbuat daripada nibong.


Pada tahun 1952, keadaan mula berubah disebabkan oleh pihak keselamatan,
 menjadikan kampung ini sebagai kawasan penempatan semula dengan mengarahkan semua penduduk pedalaman di Kampung Lubuk, Melikai, Mayang dan Jemari berpindah ke kampung ini.